More

    Video Xiaomi 13T tertiris di YouTube, dedahkan spesifikasi dan reka bentuk

    Xiaomi 13T yang masih belum dilancarkan telah muncul di platform YouTube baru-baru ini mendedahkan spesifikasi dan reka bentuknya. Video pembukaan kotak Xiaomi 13T yang dihoskan dari Guatemala itu muncul menunjukkan 13T yang secara amnya dijangka menjadi penjenamaan semula global daripada Redmi K60 Ultra.

    Namun, ini bukan Xiaomi 13T Pro seperti yang khabar angin gembar-gemburkan dan dikatakan sebagai K60 Ultra global. Imej-imej menunjukkan reka bentuk yang sama seperti Redmi K60 Ultra tetapi hanya logo Redmi telah ditukar dengan Xiaomi. 

    Perhatikan kamera 50MP di belakang tidak mempunyai penjenamaan Leica kerana ia merupakan telefon Redmi. Xiaomi 13T datang dalam warna hitam dan pudina atau hijau. Jika ia mengekalkan spesifikasi Redmi K60 Ultra, maka akan terdapat kamera ultralebar 8MP bersama kamera utama 50MP dan makro 2MP. 

    Bahagian hadapan mempunyai kamera swafoto 20MP. Paparan menggunakan OLED 144Hz 6.67 inci dengan resolusi 1220x2712px. Spesifiaksi lain termasuk bateri berkapsiti 5,000mAh dengan pengecasan 120W, Dimensity 9200+ 4nm. Xiaomi 13T dijangka dilancarkan pada penghujung September.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Tukar MyKad baharu? MyDigital ID tak perlu daftar semula

    MyDigital ID mengumumkan bahawa pengenalan MyKad generasi baharu tidak akan menjejas fungsi atau penggunaan platform identiti digital berkenaan. Pengguna yang memiliki kad...

    Asyik lagu kanak-kanak dalam “Wrapped”? Spotify kini ada solusinya

    Spotify secara rasmi memperkenalkan fungsi suis tetapan (toggle) baharu yang membolehkan pengguna mengeluarkan kategori lagu kanak-kanak daripada menjejaskan cadangan muzik peribadi mereka....

    Internet terbuka jadi punca, Gemini AI ceroboh 3 syarikat sebenar

    Google mengesahkan model kecerdasan buatan Gemini menceroboh sistem keselamatan tiga syarikat luar ketika ujian keupayaan keselamatan siber dijalankan oleh firma pihak ketiga,...

    Samsung pindah pengeluaran DDR5 kepada pihak ketiga, utamakan pembungkusan HBM

    Samsung Electronics merancang untuk menyerahkan pengeluaran tambahan modul memori DDR5 dan SSD kepada syarikat pembungkusan dan ujian pihak ketiga (OSAT).

    Had subsidi elektrik naik daripada 600 kepada 800 kWj mulai September ini

    Kerajaan memutuskan untuk memperluaskan tahap perlindungan subsidi bil elektrik bagi pengguna domestik daripada 600 kWj kepada 800 kWj sebulan. Pelaksanaannya berkuat kuasa...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured