More

    vivo APEX 2020 dilancarkan dengan Wireless Super FlashCharge 60W dan Kamera Penstabilan Gimbal

    Terkini, vivo telah melancarkan telefon pintar berkonsep mereka, vivo APEX 2020 yang dilengkapi pelbagai spesifikasi menarik. Apa pun, seperti konsep kereta, telefon pintar berkonsep ini juga hanya untuk dipersembahkan dan bukan untuk dijual di khalayak umum.

    vivo APEX 2020 dengan paparan penuh tanpa sempadan (Fullview Edgeless) 120 degree dan bersaiz 6.45 inci ini turut menampilkan skrin waterfall. Peranti ini dihuni cipset Snapdragon 865, RAM 12GB + storan 256GB dan pengecasan pantas wayarles 60W (pengecasan penuh bateri 2000mAh hanya 20 minit!).

    Berkenaan kamera, ia dihuni tetapan kamera di bawah paparan yang menampilkan Kamera Penstabilan Gimbal dan Zum Optikal Berterusan (Continuous Optical Zoom) 5x hingga 7.5x (menghasilkan gambar beresolusi tinggi). Turut hadir, kamera selfie 16MP yang terdiri daripada cip fotosensitif Super-piksel 4 dalam 1, satu inovasi kamera dalam paparan untuk gambar yang lebih jelas.

    vivo Wireless Super FlashCharge 60W

    Adakah anda menyukai konsep telefon pintar vivo APEX 2020 ini? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured