More

    vivo dijangka lancarkan tablet pada penggal pertama 2022, dilengkapi cipset Snapdragon 870

    vivo dijangka mengumumkan tablet pertamanya pada bulan Januari lalu namun perkara itu tidak berlaku. Walau bagaimanapun, pada Ogos lalu, Naib Presiden vivo berkata bahawa syarikat itu akan melancarkan tabletnya pada penggal pertama 2022 yang mana ia antara Januari dan Jun.

    Sementara menunggu butiran lanjut daripada vivo tentang tablet pertamanya, Stesen Sembang Digital yang boleh dipercayai telah mendedahkan bahawa syarikat itu akan melancarkan tablet dengan cipset Snapdragon 870. Tetapi, tidak jelas sama ada ia merujuk kepada tablet pertama vivo atau model lain.

    Syarikat itu mendaftar tanda dagang menggunakan nama “vivo Pad” dengan Pejabat Harta Intelek Kesatuan Eropah (EUIPO) pada bulan Jun di bawah Kelas 9 yang meliputi beberapa kategori produk termasuk PDA dan komputer tablet. Peranti vivo dipercayai tablet turut dikesan di laman web TUV dengan bateri 8,040 mAh.

    vivo bukanlah syarikat pertama di bawah kumpulan BBK Electronics yang melancarkan tablet. Selain vivo, OnePlus dan OPPO juga dijangka memasuki segmen tablet. Terdapat tanda dagang “OnePlus Pad” dengan EUIPO pada bulan Julai dan terdapat imej yang tertiris pada awal bulan ini.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizchina

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured