More

    vivo IFEA diperkenal, kamera telefon boleh dicabut dan guna di mana-mana sahaja

    Konsep teknologi ini mungkin adalah konsep yang anda pertama kali mendengarnya atau mungkin anda pernah membaca mengenainya sebelum ini. IFEA Camera Mobilephone dari jenama vivo, inovasi kamera di telefon pintar yang boleh ditanggalkan kini dinobatkan sebagai pemenang anugerah Reddot Award di Jerman.

    Anda mungkin pernah meihat kamera pop-up sebelum ini. Rupanya seakan sama apabila berada pada telefon pintar, tetapi vivo IFEA boleh ditanggalkan. Konsepnya seakan sama seperti lensa tambahan yang pernah popular pada waktu ketika dahulu; lensa fisheye.

    Kamera telefon pintar IFEA ini hadir dengan empat mode tangkapan termasuklah lensa fisheye, lensa lebar, lensa telefoto dan lensa biasa. Lensa boleh tanggal ini memberi kemudahan terutama jika anda ingin mengambil gambar berkumpulan dan membuat rakaman kreatif lain.

    IFEA mempunyai kepala magnetik yang boleh disambung kepada pengecas, sekaligus disambung kepada telefon pintar yang menyokongnya.

    Setakat ini, IFEA adalah satu konsep reka bentuk. Dengan beberapa naik taraf, IFEA dijangka akan menjadi sebuah produk yang boleh digunakan dalam industri teknologi.

    Apakah pandangan anda mengenai konsep kamera telefon mudah alih vivo IFEA ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: IT Home

     

    Artikel Terkini

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured