More

    vivo lancarkan OriginOS 6, janjikan pengalaman lebih lancar dan selamat dalam telefon

    vivo hari ini melancarkan sistem operasi OriginOS 6 berdasarkan Android yang akan diperkenalkan dalam siri telefon pintar vivo X300 dan lain-lain telefon vivo terpilih. Ia dibangunkan dengan tiga prinsip utama iaitu kelancaran, rekaan dan kecerdasan buatan (AI) untuk tingkatkan pengalaman pengguna dengan alatan digital.

    Ia menampilkan Origin Smooth Engine yang membenarkan interaksi lancar antara komponen sistem seperti modul utama, pengkomputeran, storan dan paparan supaya ia boleh hasilkan pengalaman keseluruhan yang lancar.

    Ia menggunakan 8+1 Ultra-Core Computing yang memastikan tugasan penting untuk didahulukan serta meningkatkan kelajuan pembukaan aplikasi secara cold-start sebanyak 18.5% dan penstabilan kadar bingkai sebanyak 10.5% Fungsi lain termasuklah Memori Fusion yang mempercepatkan pemuatan data (data loading) sebanyak 106%, manakala Dual Rendering meningkatkan prestasi animasi sebanyak 35%.

    Untuk animasi, ia mempunyai sistem Origin Animation yang menawarkan pelbagai efek khas seperti Spring Animation, Blur Transition, Morphing Animation dan One Shot Animation.

    Untuk prestasi tinggi, Snap-Up Engine akan meningkatkan kelajuan pembukaan aplikasi. vivo mengatakan ia boleh buka aplikasi dengan lebih cepat sebanyak 16% apabila membuka 50 aplikasi secara berturut-turut dan memberikan tindak balas sentuh yang lebih cepat sebanyak 41%.

    Sistem operasi ini telah menerima pengiktirafan SGS yang menjamin kegunaan lancar dalam tempoh lima tahun.

    Origin Design pula menawarkan reka antara muka (UI) baharu, dengan muka taip (font) vivo Sans yang menyokong lebih 40 bahasa, Dynamic Glow dan Transluscent Colour yang mencantikkan UI.

    OriginOS turut mengetengahkan penggunaan AI, dengan fungsi Google Gemini dan Google Circle to Search yang dipertingkat. Ia mempunyai Origin Island yang akan menimbulkan notifikasi peribadi, AI Retouch untuk mencantikkan gambar, Smart Call Assistant, DocMaster dan banyak lagi.

    "
    "

    Ia turut dilengkapi vivo Security Brand untuk tingkatkan keselamatan data sambil memberikan kawalan penuh kepada anda.

    OriginOS 6 akan mula diberikan kepada pengguna global bermula November 2025. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured