More

    vivo lancarkan ‘Shout it Out’, filem pendek inspirasi daripada kisah benar seorang atlet Para

    vivo Malaysia melancarkan filem pendek bertajuk ‘Shout it Out’ yang memaparkan keazaman seorang gadis Malaysia yang kurang upaya untuk mencapai impiannya untuk menjadi seorang atlet negara. Filem berdurasi 9 minit 30 saat itu dirakam dengan vivo X70 Pro, telefon pintar perdana fotografi profesional dengan teknologi pengimejan mudah alih termaju yang direka bersama ZEISS.

    Diinspirasikan berdasarkan sebuah kisah benar, ‘Shout it Out’ mengikuti kisah Siti, seorang warga Malaysia yang kurang upaya sejak muda yang menentang segala kemungkinan dan berjuang untuk memperoleh kecekapan dalam bidang Karate dan mewakili Malaysia dalam pertandingan kejohanan Karate antarabangsa.

    Berlatarkan adegan di mana dia sentiasa menghadapi pelbagai cabaran dan halangan hidup, ditertawakan dan keraguan diri, filem ini menyerlahkan keazaman Siti dengan bimbingan dari gurunya yang tidak berbelah bahagi untuk membawanya ke pentas dunia sebagai atlet negara.

    Diarahkan oleh Mallory Lee, kita melihat kehidupan Siti (lakonan Nurizyan Binti Hishammuddin), seorang gadis Melayu muda yang memulakan perjalanannya untuk menjadi seorang atlet Karate negara. Di bawah bimbingan jurulatih (lakonan Seelan Manoheran) dan kepercayaan terhadap kebolehannya, Siti tetap bertahan melalui latihannya dan hadapi cabaran hidupnya, berusaha untuk mencapai impiannya iaitu bersaing mewakili Malaysia.

    Mike Xu, Ketua Pegawai Eksekutif vivo Malaysia berkata, “Di vivo, kami percaya bahawa setiap orang mempunyai potensi untuk mencapai pencapaian yang hebat, tanpa mengira latar belakang mereka. Kami berbesar hati kerana berpeluang untuk kongsi jalan cerita kehidupan Siti menerusi filem ini, menangkap kisah luar biasa tentang usahanya untuk mencapai impiannya walaupun terhad.”

    Menggunakan teknologi pengimejan canggih vivo X70 Pro, filem ini menunjukkan keupayaan penggambaran telefon pintar dan potensinya sebagai peranti filemografi profesional. Semasa merakam video itu, Siti melakonkan watak tersebut seakan-akan berada dalam situasi dan emosi yang sebenar.

    Filem pendek ‘Shout it Out’ kini boleh didapati dan ditonton di laman Youtube Rasmi vivo Malaysia. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...