More

    vivo Malaysia anjurkan promosi istimewa sempena ulang tahun 1 tahun vivo e-store

    Jika anda merancang untuk membeli produk vivo pada bulan ini, anda boleh menikmati pelbagai promosi dalam laman web vivo e-store sempena ulang tahun pertama laman web tersebut. Promosi ini akan berlangsung pada 3 hingga 31 Mac 2022 dan beberapa jenis telefon pintar akan dijual pada harga diskaun seperti vivo Y20, vivo V21e dan banyak lagi.

    Pelanggan juga akan menerima banyak hadiah menarik dengan pembelian telefon pintar terpilih. Berikut adalah senarai telefon yang akan dijual dalam promosi ini:

    ProdukHarga asal (RM)Harga promosi (RM)
    vivo Y20649599
    vivo Y12A529499
    vivo V21e1,299999
    TWS 2 ANC369299
    44W Flash Charge Cable4029
    44W Flash Charge Adapter11059
    ProdukHarga (RM)Hadiah percuma
    vivo X701,999Sarung X70 khas + pek SIM YES + perlindungan skrin retak 1 tahun + waranti tambahan 1 tahun
    vivo V23 5G2,099Pek SIM YES + beg + perlindungan skrin retak 1 tahun + waranti tambahan 1 tahun
    vivo V23e 5G1,599Pek SIM YES + gincu L’Oreal Paris + perlindungan skrin retak 1 tahun + waranti tambahan 1 tahun
    vivo V23e 4G1,199Baucar Domino’s + pelitup muka + perlindungan skrin retak 1 tahun + waranti tambahan 1 tahun
    vivo V211,199Pek SIM YES + baucar Grab + perlindungan skrin retak 1 tahun + waranti tambahan 1 tahun
    vivo Y761,299Pek SIM YES + kotak hadiah Vanzo + perlindungan skrin retak 1 tahun + waranti tambahan 1 tahun

    Pelanggan yang berbelanja RM500 ke atas boleh menyertai cabutan bertuah Anniversary Sale Lucky Draw, di mana mereka berpeluang memenangi hadiah bernilai RM38,000 seperti PlayStation 5, komputer Lenovo ThinkPad dan banyak lagi.

    Selain itu, pelanggan juga boleh menyertai aktiviti RM1 Or Not? di mana pelanggan boleh membayar RM1 sahaja untuk cuba memenangi hadiah menarik seperti telefon vivo, Joyoung Multifunctional Powder Blender dan banyak lagi.

    vivo Malaysia juga akan menganjurkan jualan kilat pada 12:00 tengah malam hingga 2:00 pagi setiap hari sepanjang promosi ini, di mana vivo Y1S akan dijual pada harga RM339 dan vivo Sport Wireless Earphone akan dijual pada harga RM99.

    Pada pukul 12:00 tengah hari hingga 2:00 petang pula, vivo V21 akan dijual pada harga RM999 dan kabel USB-C 44W akan dijual pada harga RM29.

    Layari laman web vivo e-store untuk maklumat lanjut mengenai promosi ini. Beritahu kami di Facebook jika anda akan membeli produk vivo dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured