More

    vivo Malaysia ingin beri ~RM31,000 kepada penerbit filem pendek yang dirakam dengan telefon pintar

    vivo Malaysia akan menganjurkan pertandingan Visual Creator Short Film Awards yang akan menilai filem-filem pendek yang dirakam menggunakan telefon pintar. Pertandingan ini akan berlangsung sehingga 24 Oktober 2022 dan ia terbuka untuk pembikin filem yang menggunakan mana-mana jenama telefon pintar.

    Ia akan dipertandingkan dalam dua kategori iaitu Global Awards yang mempunyai lima hadiah, dan Regional Awards yang mempunyai tujuh hadiah. Setiap pemenang Global Awards akan menerima USD7,000 (~RM31,000) seorang, manakala setiap pemenang Regional Awards akan menerima USD3,000 (~RM13,000) seorang.

    Selain itu, setiap pemenang juga akan memenangi sebuah telefon pintar vivo X terbaharu, komentar daripada juri dan pendedahan awam yang disediakan oleh vivo.

    Untuk menyertainya, peserta perlu memuat naik filem pendek mereka ke Facebook, Instagram atau Twitter dengan tanda palang #vivoVisualCreator #OurStoryRedefined dan tandakan akaun rasmi vivo dengan simbol @.

    Mereka juga perlu menghantarkan fail video asal ke [email protected] sebelum 24 Oktober 2022. Maklumat yang perlu diberikan adalah nama penuh, akaun media sosial, alamat emel, nombor telefon dan sinopsis filem.

    Layari laman web vivo Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured