More

    vivo Malaysia lancarkan vivo Y31: Skrin 6.58 inci, tiga kamera 48MP, bateri 5,000mAh bermula RM999

    vivo Malaysia hari ini telah mengumumkan vivo Y31, sebuah telefon pintar kelas pertengahan yang akan dijual bermula 6 Mac pada harga RM999. Telefon ini dilengkapi skrin berukuran 6.58 inci dan tiga kamera di belakangnya.

    Kameranya terdiri daripada kamera utama 48MP, sensor kedalaman 2MP dan kamera makro 2MP yang mempunyai mod gelap Super Night Mode. Kamera ini turut dilengkapi penstabilan imej elektronik (EIS) agar pengguna boleh mengambil gambar atau merekod video dengan lebih stabil sewaktu bergerak. Untuk kamera swafoto pula, ia mempunyai kamera 16MP yang berada pada takuk (notch) di atas tengah skrin.

    Ia turut dilengkapi bateri yang agak besar, dengan kapasiti 5,000mAh dan pengecasan pantas 18W yang vivo katakan boleh mengecas 70% selama 64 minit. Daripada segi prestasi pula, vivo Y31 akan dilengkapi RAM 8GB, storan 128GB yang boleh dibesarkan sehingga 1TB dan cipset Snapdragon 662.

    Pelanggan yang berminat untuk membeli vivo Y31 boleh membelinya di laman web vivo Malaysia, Shopee atau Lazada. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Google Earth kini boleh hasilkan visual sejarah, infografik dan pelan bangunan menerusi AI

    Google secara rasmi melancarkan integrasi keupayaan jana imej berasaskan AI menerusi model Nano Banana 2 ke dalam platform Google Earth versi web....

    Coway raikan 20 tahun dengan pelancaran siri peti sejuk pertama di Malaysia

    Selepas dua dekad bertapak di Malaysia, Coway kini membuka babak baharu menerusi pelancaran kategori produk pertamanya dalam segmen peti sejuk. Menariknya, Malaysia...

    BYD SEALION 7 varian Dynamic rasmi di Malaysia dengan harga bermula RM159,800

    BYD Sime Motors melancarkan model SUV elektrik BYD SEALION 7 (2026) untuk pasaran Malaysia dengan memperkenalkan varian baharu Dynamic selain menaik taraf...

    Gemini Spark dilancar di Malaysia — Agen AI 24 jam dikuasakan Gemini 3.6 Flash

    Google melancarkan Gemini Spark di Malaysia iaitu sebuah agen AI latar belakang yang berfungsi secara berterusan 24 jam sehari untuk menguruskan tugasan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured