More

    vivo mengacah varian warna baharu, sampel gambar daripada kamera siri X100

    vivo sedang membuat persiapan untuk melancarkan telefon pintar andalan baharunya iaitu siri X100 di China pada 13 November. Bersempena pelancarannya, vivo telah mula mengacah sampel gambar daripada kamera siri X100. Pengacah baharu menunjukkan X100 Pro dalam varian warna Sunset Orange Peel dengan kemasan kulit pada bahagian belakang dan bingkai warna emas.

    Ini adalah tambahan kepada varian Starry Blue yang diacah sebelum ini dengan belakang kaca. vivo juga berkongsi satu set sampel gambar daripada kamera daripada telefon pintar X100 dan X100 Pro. Sampel menunjukkan zum optik telefon dan keupayaan kamera makro telefoto. 

    Menurut laporan, vivo X100 dan X100 Pro akan dilengkapi dengan kamera telefoto OmniVision OV64B 64MP, ultra lebar Samsung JN1 50MP dan sama ada kamera utama Sony IMX920 (X100) atau kamera utama Sony IMX989 (X100 Pro). Kedua-dua telefon juga akan dikuasakan oleh cipset Dimensity 9300 dan RAM LPDDR5T.

    Siri X100 dijangka menawarkan RAM sehingga 16GB dan sehingga 1 TB storan. vivo X100 dan X100 Pro dijangka menampilkan panel OLED 6.78 inci dengan resolusi 1.5K dan kadar penyegaran 120Hz. Bateri X100 akan berkapasiti 5,100mAh dengan pengecasan pantas 120W manakala X100 Pro akan mempunyai bateri 5,400mAh dengan sokongan pengecasan 120W dan wayarles 50W.

    Siri vivo X100 dijangka bermula pada 3,999 Yuan (~RM2,586). Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Weibo

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured