More

    vivo mengesahkan cip pengimejan khusus V1 direka dalam masa 24 bulan

    vivo telah mengesahkan jenama pertama cip pengimejan V1 direka untuk meningkatkan kualiti fotografi telefon pintar. Jenama itu telah mengeluarkan siaran akhbar untuk cip V1 namun ciri teknikal untuk pemproses signal imej (ISP) itu masih tidak diperincikan. Walau bagaimanapun, firma itu mendedahkan bahawa perkembangan tersebut menandakan kejayaan pertama mereka dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) reka bentuk cip secara berdikari.

    vivo turut mendedahkan bahawa cip V1 ISP baru adalah hasil penyelidikan dan pembangunan dalam masa 24 bulan oleh pasukan R&D yang terdiri daripada lebih 300 orang. Jenama peranti terkenal ini berharap dapat mendekati pengembangan baru dalam empat arah utama: sistem gambar, sistem operasi, reka bentuk industri, dan prestasi. Mereka tidak menyatakan fasa pembangunan cip V1 pada masa ini, namun memandangkan ia mungkin akan dilengkapi dalam siri telefon vivo X70 pada masa hadapan, ia mungkin sudah pun berada dalam fasa pengilangan besar-besaran.

    VP Eksekutif vivo dan COO Hu Baishan juga menyatakan bahawa cip V1 dapat melayani keperluan pengguna dengan lebih baik dengan “mengoptimumkan senario aplikasi telefon pintar seperti tampilan pemidang tilik (viewfinder) dan rakaman video”. Sebelum ini, vivo VP mengesahkan bahawa cip tersebut akan tampil pada siri X70 yang dijangka akan dilancarkan pada 9 September.

    Walaupun siri X70 akan merangkumi X70, X70 Pro, dan X70 Pro+, model Pro+ teratas dikhabarkan akan menjadi model yang menampilkan cip ISP baru. Seperti yang diketahui sebelum ini,vivo X70 Pro+ mempunyai lensa kaca asli ZEISS.

    Ingin tahu lebih lanjut tentang vivo X70? Ikuti Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured