More

    vivo mungkin akan lancarkan pengecas telefon berkadar 200W pada tahun ini

    vivo dikhabar bakal melancarkan teknologi pengecasan baharu untuk telefon pintar di mana ia bakal mempunyai kadar 200W. Menurut pengkhabar berita teknologi Digital Chat Station, pengecasan tersebut akan diperkenalkan buat kali pertama dalam siri iQOO 10 Pro yang bakal dilancar pada akhir 2022.

    Pengecas itu mempunyai kod nombor V2001L0B0-CN dan menyediakan kadar pengecasan 20V 10A (200W) dan kadar pengecasan wayarles 20V 3.25A (65W).

    Buat masa ini, siri iQOO 9 Pro hanya dilengkapi kadar pengecasan 120W dan pengecasan wayarles 50W. Pengecasan wayarles terpantas yang terdapat secara komersial sekarang ini adalah 150W, di mana ia dilengkapi dalam telefon realme GT Neo3.

    Xiaomi pula pernah memperkenalkan teknologi pengecasan pantas Xiaomi HyperCharge yang boleh mencapai kadar sehingga 200W dan telefon pertama yang dilengkapi teknologi tersebut bakal dilancar pada tahun ini.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan kadar pengecasan pantas ini dalam peranti anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured