More

    vivo mungkin akan lancarkan telefon pintar bersaiz besar pada hujung tahun

    Sebelum ini, vivo dilaporkan telah mendaftarkan tanda dagang untuk sebuah telefon pintar lipat yang berada di bawah jenama NEX. Kini terdapat sumber mengatakan bahawa telefon lipat tersebut akan dilancar pada hujung tahun 2021.

    Menurut pengkhabar berita teknologi Ice Universe, vivo NEX Fold akan dilancar pada akhir tahun ini manakala vivo NEX 5 yang mempunyai rekaan telefon pintar biasa pula akan dilancar pada tahun hadapan.

    Walau bagaimanapun, penganalisa industri skrin Ross Young mengatakan vivo NEX Fold hanya akan dilancar pada bulan Januari 2022. Di samping itu, ia juga bakal menawarkan saiz skrin terbesar dalam kategori telefon lipat.

    Memandangkan kedua-dua ramalan tidaklah begitu jauh, kita boleh jangkakan telefon lipat pertama oleh vivo untuk dilancar pada hujung tahun ini. Dalam pada itu, Samsung juga mungkin akan melancarkan telefon lipat Galaxy Z Fold3 dan Flip3 pada bulan Ogos 2021.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured