More

    vivo S10 dikesan dalam TENAA, akan dilengkapi skrin 6.44 inci

    Telefon pintar dengan nombor model V2121A telah dikesan dalam pengiktirafan China TENAA, di mana ia dipercayai adalah vivo S10 yang akan dilancar pada hari Khamis, 15 Julai bersama vivo S10 Pro.

    Menurut pengiktirafan TENAA, telefon itu akan mempunyai skrin berukuran 6.44 inci, bateri 3,970mAh dan sistem operasi Android 11. Ketebalannya pula adalah 7.29mm.

    Sebelum ini, vivo S10 telah dikesan dalam perkhidmatan penanda aras Geekbench di mana ia dilengkapi cipset Dimensity 1100 dan RAM 12GB. Spesifikasi lain untuk telefon ini pula dikhabarkan terdiri daripada skrin OLED 90Hz, dwi-kamera swafoto 44MP, tiga kamera 64MP di belakang dan pengecasan pantas 44W.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured