More

    vivo V20 jadi telefon baharu pertama yang datang dengan Android 11

    Telefon pintar vivo V20 telah menjadi telefon pintar pertama yang dilengkapi dengan sistem operasi Android 11 di dalam kotak. Sementara itu, telefon lain dalam siri V20 iaitu vivo V20 SE dan vivo V20 Pro pula akan menerima kemas kini untuk Android 11 pada masa akan datang.

    Menurut sumber, seorang YouTuber di Indonesia telah pun mendapatkan unit awal untuk vivo V20. Dalam sebuah video unboxing, beliau meneliti tetapan dalam telefon itu dan ia menunjukkan bahawa telefon tersebut sudah pun dilengkapi Android 11.

    Tetapan Android 11 dalam vivo V20

    Perkara yang sama juga tertera dalam laman web peranti tersebut, menunjukkan bahawa vivo V20 dilengkapi sistem operasi Funtouch OS 11 berdasarkan Android 11, manakala vivo V20 SE dan vivo V20 Pro pula mempunyai Funtouch OS 11 berdasarkan Android 10. Dalam sebuah kenyataan media, vivo mengatakan seluruh siri V20 akan diberikan kemas kini Android 11 pada masa akan datang.

    Ini membuatkan vivo V20 telefon baru pertama yang mempunyai Android 11. Telefon-telefon pintar Google Pixel yang layak sudah pun menerima kemas kini untuk Android 11 pada 8 September lalu, namun telefon tersebut bukanlah telefon yang baru. Pixel baru yang akan datang dengan Android 11 adalah Pixel 4a 5G dan Pixel 5 yang akan dilancarkan pada malam ini.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: XDA Developers

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...