More

    vivo V20, V20 Pro dilancar di Malaysia 20 Oktober ini: Kamera swafoto 44MP Autofokus

    Terkini, vivo Malaysia mengumumkan bahawa vivo V20 dan vivo V20 Pro akan dilancar di pasaran Malaysia pada 20 Oktober 2020, jam 8PM melalui saluran Facebook dan YouTube. Telefon pintar berfokuskan fotografi ini bakal hadir dengan ciri kamera hadapan 44MP Eye Autofocus Front Camera untuk swafoto potret yang lebih berkualiti.

    Menurut vivo, kedua-dua peranti ini juga akan hadir dengan kamera utama 44MP yang mampu fokus pada butiran gambar pada jarak 15cm. Untuk V20 Pro, ia hadir dengan lensa tambahan pada kamera hadapan iaitu lensa 8MP Super Sudut-Lebar.

    Antara ciri fotografi lain yang bakal hadir pada peranti ini adalah Super Night Selfie, Slo-mo Selfie Video dan 4K Selfie Video.

    Anda boleh menyemak spesifikasi vivo V20 dan vivo V20 Pro disini. Namun, perlu diingatkan bahawa mungkin terdapat beberapa spesifikasi berbeza dengan varian yang bakal memasuki pasaran Malaysia memandangkan kedua-dua peranti ini masih belum dilancar di Malaysia.

    Anda boleh membaca artikel lepas mengenai pelancaran vivo V20 Pro 5G dengan Snapdragon 765G, skrin AMOLED dan dua kamera swafoto di pasaran Thailand.

    Anda juga boleh menyemak artikel pelancaran vivo V20 SE di Malaysia.

    Adakah anda pengguna telefon pintar yang berfokuskan swafoto? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured