More

    vivo V23 dan V23 Pro dilancar: Miliki Dimensity 1200, RAM 12GB dan skrin AMOLED FHD+ 6.56” bermula ~RM1,694

    vivo akhirnya telah memperkenalkan siri pertengahan baharunya iaitu vivo V23 dan vivo V23 Pro. Kedua-dua telefon pintar telah tiba di India menampilkan kamera swafoto yang baik, cipset DImensity dengan sambungan 5G dan reka bentuk eksklusif di bahagian belakang. Peranti ini berasaskan siri vivo S12 China dan mempunyai banyak persamaan. Ia juga membawa versi warna Sunshine Gold.

    vivo V23 menampilkan panel AMOLED FHD+ 6.44 inci dengan resolusi 2,400 x 1,080 piksel, kadar penyegaran semula 90Hz, diperakui HDR 10 dan pengimbas cap jari bawah paparan. Terdapat juga takuk (notch) lebar menempatkan kamera hadapan dan LED dwi-nada (dual-tone). Terdapat dua varian iaitu 8GB+128GB berharga $403 (~RM1,694) dan 12GB+256GB berharga $470 (~RM1,975).

    Ia dikuasakan oleh Dimensity 920 6nm pertama, GPU Mali G68, Funtouch OS 12 berdasarkan Android 12 dan mempunyai RAM tambahan 4GB. vivo V23 membawakan kamera utama 64MP dengan apertur f/.89, kamera ultralebar 8MP dengan apertur f/2.2 dan lensa makro 2MP dengan apertur f/2.4 manakala kamera swafoto 44MP dengan apertur f/2.0 dan lensa ultralebar 8MP dengan apertur f/2.28.

    Telefon ini membawa bateri 4,200 mAh dengan sokongan pengecasan pantas 44W dan bicu fon kepala 3.5 mm. Ciri lain dalam peranti termasuk Wi-Fi dwijalur, Bluetooth 5.2, sokongan NavIC dan sokongan dwi SIM. Ia berukuran 157.20 x 72.42 x 7.39 dan berat 179 gram.

    vivo V23 Pro 5G mempunyai paparan AMOLED FHD+ 6.56 inci dengan kadar penyegaran 90Hz menampilkan panel dengan kemasan melengkung. Ia juga mempunyai takuk (notch)lebar dan pengimbas cap jari bawah paparan. Bahagian hadapan membawa kamera swafoto 50MP dengan apertur f/2.0, lensa ultralebar 8MP dengan medan pandangan 105 darjah dan flash dwi-nada.

    Peranti ini menggunakan cipset MediaTek Dimensity 1200, Extended RAM 2.0 dan Funtouch OS 12 berasaskan Android 12. Kamera belakangnya pula membawa tri-kamera di mana kamera utama 108MP dengan apertur f/1.88, ultralebar 8MP dengan medan pandangan 119 darjah dan apertur f/2.2 serta makro 2MP dengan apertur f/2.4.

    V23 Pro mempunyai bateri 4,300 mAh yang menyokong pengecasan pantas 44W dan port USB-C. Peranti ini lebih nipis dan ringan dengan hanya 7.36mm dan 171 gram. Terdapat dua varian iaitu 8GB+128GB berharga $524 (~RM2,202) dan 12GB+256GB berharga $592 (~RM2,488).

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    "
    "

    Sumber: Gizchina

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...