More

    vivo V23e 5G dengan warna emas baharu dilancar sempena Hari Valentine

    vivo V23e 5G telah pun dilancar pada bulan Disember lalu di Malaysia dan kini vivo Malaysia bakal melancarkan sebuah warna baharu untuk telefon tersebut iaitu emas Mirage Gold Colour. Produk tersebut diperkenalkan sempena sambutan Hari Valentine yang semakin hampir dan akan mula dijual pada 11 Februari 2022.

    Sempena pelancaran warna ini, vivo Malaysia turut bekerjasama dengan jenama kosmetik antarabangsa L’Oreal Paris di mana setiap pembelian vivo V23e 5G akan disertakan bersama kotak hadiah khas sempena Valentine’s Day.

    vivo V23e 5G mempunyai kamera swafoto 44MP dengan Eye Autofocus bagi memudahkan pengguna untuk mengambil swafoto cantik dengan mudah. Di belakang, ia mempunyai kamera utama 50MP + ultra-lebar 8MP + makro 20MP dan menyokong pelbagai teknologi seperti Natural Portrait, Ultra Clear Images dan Fun Portraits.

    Selain itu, ia turut dilengkapi skrin AMOLED FullHD+ 6.44 inci, cipset MediaTek Dimensity 810, RAM 8GB, pengecasan pantas 44W dan kapasiti bateri 4,050mAh. Setakat ini masih tiada harga rasmi untuk vivo v23e 5G Mirage Gold namun ia mungkin akan dijual pada harga standard iaitu RM1,599.

    Layari laman web vivo Malaysia untuk maklumat lanjut. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured