More

    vivo V25 Pro tampilkan teknologi kamera unik untuk mudahkan anda ambil gambar cantik pada waktu malam

    Baru-baru ini, vivo Malaysia telah melancarkan telefon pintar vivo V25 Pro 5G di mana ia menampilkan reka bentuk yang sangat unik, iaitu permukaan belakangnya boleh berubah warna apabila ia didedahkan kepada cahaya ultra-ungu (ultraviolet, UV).

    Sungguh pun begitu, vivo V25 Pro mempunyai lebih banyak fungsi menarik selain daripada rekaannya yang unik itu. Ini adalah kerana vivo V25 dilengkapi antara kamera terbaik dalam kategorinya, membenarkan anda untuk mengambil gambar pada waktu malam dengan lebih mudah. 

    Berikut adalah lima ciri mantap yang membuatkan vivo V25 Pro telefon yang sesuai untuk kegunaan harian anda:

    Ambil gambar potret pada waktu malam dengan lebih jelas

    Gambar mod potret dalam telefon pintar menjadi semakin popular pada waktu ini, di mana anda boleh ambil gambar individu dengan latar belakang yang kabur seperti menggunakan kamera DSLR. Walau bagaimanapun, kamera dalam telefon sering mengalami masalah untuk mengambil gambar mod potret dalam suasana malam kerana individu tersebut menjadi terlalu gelap.

    Dengan fungsi Super Night Portrait dalam vivo V25 Pro, anda boleh ambil gambar mod potret yang jelas walaupun pada waktu malam. Ia menggunakan penstabilan imej elektronik (OIS) bagi menstabilkan kamera dalam situasi kurang cahaya dan algoritma RAWHDR3.0 eksklusif dalam peranti vivo bagi melaraskan warna, kecerahan dan tona muka untuk nampak lebih natural. 

    Contoh gambar-gambar Mod Malam yang diambil dengan vivo V25 Pro

    Dengan kamera utama OIS 64MP, anda masih boleh dapatkan gambar potret dengan latar belakang yang kabur dan kemas, namun individu akan nampak jelas.

    Rakam video waktu malam dengan kurang noise

    Waktu malam boleh menawarkan pelbagai situasi yang menarik seperti corak lampu berwarna-warni, bunga api atau cahaya kelip-kelip daripada sungai. Sungguh pun begitu, situasi ini sukar dirakam oleh kamera dalam telefon kerana video yang dirakam dalam suasana malap sering menjadi kabur dan mempunyai banyak noise.

    Untuk situasi sebegini, vivo V25 Pro mempunyai Super Night Video yang boleh mencerahkan lagi video yang dirakam dalam suasana malap. Dengan fungsi ini, anda boleh merakam detik-detik menarik pada waktu malam dengan lebih yakin untuk dijadikan memori.

    Sementara itu, gabungan penstabilan imej optikal (OIS) dan elektronik (EIS) pada kamera utama juga akan memudahkan anda untuk merakam video yang jelas, walaupun sambil berjalan kaki.

    Gelas di belakang telefon yang boleh bertukar warna

    Tidak seperti kebanyakan telefon yang hanya mempunyai rekaan belakang yang kaku, vivo V25 Pro yang berwarna biru Surfing Blue mempunyai permukaan belakang yang boleh bertukar warna. Sebaik sahaja anda menyuluhkan cahaya ultra-ungu pada permukaan tersebut, ia akan bertukar warna kepada yang lebih gelap.

    Ini membenarkan anda untuk menghias bahagian belakang vivo V25 Pro dengan corak menarik. Anda boleh ambil sebarang objek atau keratan kertas, letak di belakang vivo V25 Pro dan suluhkan cahaya UV padanya. Anda boleh nampak corak yang terhasil pada permukaan telefon, mengikut bentuk objek yang diletakkan tadi.

    Warna vivo V25 Pro Surfing Blue asal (atas), serta warna yang berubah dan corak yang dihasilkan selepas disuluh dengan cahaya UV (bawah)

    Corak perubahan warna ini hanya akan berlaku sementara sahaja. Sekitar lima minit selepas cahaya UV disuluh, vivo V25 Pro akan kembali kepada warna biru Surfing Blue yang berkilauan.

    Tak perlu tunggu lama untuk cas bateri

    Kadang-kala, kita perlu bergegas keluar dari rumah dan jika bateri telefon mempunyai cas yang rendah, kita tidak mempunyai masa yang lama untuk mengecas telefon. 

    Mujur sekali, vivo V25 Pro menyokong kadar pengecasan yang sangat pantas iaitu 66W. Walaupun dengan pengecasan selama 15 minit sahaja, ia sudah cukup untuk menghidupkan bateri selama beberapa jam dan membenarkan anda untuk merakam video dengan lama.

    Selain itu, kapasiti baterinya yang besar iaitu 4,830mAh membolehkan vivo V25 Pro bertahan selama sehari dengan yakin.

    Storan dan RAM besar

    vivo V25 Pro mempunyai storan dalaman UFS3.1 dengan kapasiti besar 256GB. Ini bermaksud anda boleh simpan lebih banyak gambar dan video tanpa perlu risau jika telefon ini mempunyai ruang yang cukup untuk menyimpannya.

    Di samping storan yang besar, ia juga mempunyai teknologi RAM Expansion yang membolehkan vivo V25 Pro menggunakan sedikit storan untuk dijadikan RAM. vivo V25 Pro sudah dilengkapi RAM 12GB, namun apabila ia dibesarkan lagi dengan RAM Expansion sebanyak 8GB, telefon ini mempunyai RAM keseluruhan yang sangat besar iaitu 20GB.

    Dengan RAM sangat besar ini, memudahkan anda untuk buka banyak aplikasi serentak dan meningkatkan prestasi keseluruhan telefon.

    Jadi, inilah dia empat ciri menonjol yang membuatkan vivo V25 Pro telefon yang amat menarik untuk kegunaan harian anda. Ia ditawarkan dalam pilihan warna biru Surfing Blue atau hitam Starlight Black, dan akan dijual pada harga RM2,499.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan vivo V25 Pro dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    [Ditaja oleh vivo Malaysia]

     

    Artikel Terkini

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Apple umum HomeView, HomePod mini 2 dan Apple TV 4K baharu — Bermula RM649

    Apple rasmi memperkenalkan barisan peranti rumah pintar baharu yang merangkumi hub smart home Apple HomeView, pembesar suara HomePod mini 2 dan peranti...

    NEXAL Pad rasmi di Malaysia dengan skrin 2.5K 11″ dan bateri 10,000mAh berharga RM1,099

    NEXAL melancarkan tablet julung kalinya untuk pasaran tempatan menerusi penawaran NEXAL Pad. Peranti disasarkan untuk kegunaan produktiviti dan harian dengan menampilkan rekaan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...