More

    vivo V29 bakal dilancar untuk pasaran global pada 7 September 2023

    Menurut pemberi maklumat, Paras Guglani, vivo V29 akan dilancarkan untuk pasaran global pada 7 September 2023. Telefon ini telahpun dikeluarkan di pasaran Eropah, serta negara-negara seperti Filipina dan Indonesia.

    Menurut khabar angin, vivo V29 merupakan vivo S17 yang telah dilancarkan di China pada Mei tahun ini. Ia hadir dalam Hitam Angkasa, Biru Himalaya dan ungu. Telefon ini dijangka membawa paparan AMOLED 6.78 inci dengan resolusi 2800×1260, kadar segar semula 120Hz dan teknologi penurunan PWM 2160Hz.

    Daripada segi prestasi, vivo V29 akan dikuasakan oleh cipset Snapdragon 778G dalam tiga konfigurasi iaitu 8GB+128GB, 8GB+256GB dan 12GB+256GB. Ia juga dilengkapi dengan bateri 4,600mAh yang menyokong pengecasan pantas 80W.

    Berkenaan dengan susunan kamera, telefon ini menampilkan sistem kamera di bahagian belakang yang terdiri daripada kamera utama 50MP (dengan OIS), sensor ultra-lebar 8MP, sensor hitam dan putih 2MP serta kamera hadapan 50MP.

    Buat sementara ini, tiada sebarang berita mengenai kehadirannya ke Malaysia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: IT Home

     

    Artikel Terkini

    Tukar MyKad baharu? MyDigital ID tak perlu daftar semula

    MyDigital ID mengumumkan bahawa pengenalan MyKad generasi baharu tidak akan menjejas fungsi atau penggunaan platform identiti digital berkenaan. Pengguna yang memiliki kad...

    Asyik lagu kanak-kanak dalam “Wrapped”? Spotify kini ada solusinya

    Spotify secara rasmi memperkenalkan fungsi suis tetapan (toggle) baharu yang membolehkan pengguna mengeluarkan kategori lagu kanak-kanak daripada menjejaskan cadangan muzik peribadi mereka....

    Internet terbuka jadi punca, Gemini AI ceroboh 3 syarikat sebenar

    Google mengesahkan model kecerdasan buatan Gemini menceroboh sistem keselamatan tiga syarikat luar ketika ujian keupayaan keselamatan siber dijalankan oleh firma pihak ketiga,...

    Samsung pindah pengeluaran DDR5 kepada pihak ketiga, utamakan pembungkusan HBM

    Samsung Electronics merancang untuk menyerahkan pengeluaran tambahan modul memori DDR5 dan SSD kepada syarikat pembungkusan dan ujian pihak ketiga (OSAT).

    Had subsidi elektrik naik daripada 600 kepada 800 kWj mulai September ini

    Kerajaan memutuskan untuk memperluaskan tahap perlindungan subsidi bil elektrik bagi pengguna domestik daripada 600 kWj kepada 800 kWj sebulan. Pelaksanaannya berkuat kuasa...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured