More

    vivo V40 Lite 5G akan dilancar di Malaysia dalam masa terdekat

    Selepas siri telefon pintar vivo V40 dilancar di Malaysia pada bulan Ogos lalu, kini vivo Malaysia mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan sebuah lagi varian iaitu vivo V40 Lite.

    Dalam sebuah kiriman di Facebook, vivo teleh berkongsi rekaan telefon tersebut yang akan ditawarkan tiga pilihan warna iaitu perak Titanium Silver, hitam Dynamic Black dan ungu Dreamy Violet. Ia turut mempunyai rating kalis air IP64.

    Spesifikasi telefon ini pula sudah didedahkan dalam laman vivo Malaysia di Shopee. Ia bakal dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 4 Gen 2, RAM 8GB atau 12GB dan storan dalaman 256GB atau 512GB.

    Skrinnya menggunakan panel AMOLED berukuran 6.67 inci dengan resolusi 2400×1080, kadar segar semula 120Hz dan kecerahan puncak 1,800 nits. Baterinya pula berkapasiti 5,000mAh dan menyokong kadar pengecasan pantas FlashCharge 80W.

    Kamernya pula terdiri daripada kamera utama 50MP, kamera ultra-lebar 8MP dan kamera swafoto 32MP.

    Setakat ini tarikh pelancarannya untuk pasaran Malaysia masih belum diumumkan. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured