More

    vivo V40e akan dilancar pada 25 September 2024

    vivo mengesahkan bahawa telefon pintar kelas pertengahan vivo V40e akan dilancar untuk pasaran antarabangsa pada hari Rabu, 25 September 2024 di India jam 12:00 tengah hari IST (2:30 petang waktu Malaysia).

    Syarikat teknologi itu telah berkongsi rekaan untuk telefon ini di mana ia mempunyai rekaan yang amat serupa dengan siri vivo V40 Pro, namun satu perbezaan ketara adalah vivo V40e tidak mempunyai logo ZEISS di sebelah kamera, mungkin kerana fungsi ZEISS tidak ditawarkan di dalam kameranya. Ia akan ditawarkan dalam dua warna iaitu gangsa Royal Bronze dan hijau Mint Green.

    Beberapa spesifikasi utama juga telah disahkan oleh vivo, termasuklah skrin 6.77 inci dengan resolusi 1080p, kadar segar semula 120Hz dan bahagian sisi melengkung. Baterinya berkapasiti 5,500mAh dan menyokong kadar pengecasan pantas 80W.

    Kameranya terdiri daripada kamera utama 50MP dengan sensor Sony IM882 OIS, kamera ultra-lebar 8MP dan kamera swafoto 50MP.

    Sebelum ini, vivo V30e dilancar untuk pasaran Malaysia pada bulan Mei 2024, jadi kita boleh jangkakan vivo V40e untuk turut hadir dalam pasaran Malaysia.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured