More

    vivo V50 bakal dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 13 Mac ini

    ​vivo Malaysia telah mengumumkan bahawa telefon pintar terbaharu vivo V50 akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 13 Mac 2025. Majlis pelancaran ini boleh disaksikan melalui saluran rasmi vivo termasuk YouTube.

    vivo menekankan komitmen mereka dalam menyediakan pengalaman fotografi mudah alih yang menarik dengan membuat pelacaran bertemakan “ZEISS Potrait So Pro”. Perubahan ketara kali ini adalah pengenalan sistem kamera ZEISS pada model standard berbeza dengan sebelum ini yang hanya tertumpu pada versi pro.

    vivo V50 dilengkapi dengan tiga kamera beresolusi 50MP ZEISS iaitu dua di bahagian belakang dan satu di bahagian hadapan untuk swafoto. Ciri ZEISS Multifocal Portrait menawarkan tiga jarak tangkapan seperti 23mm, 35mm dan 50mm. Selain itu, ZEISS Style Bokeh membolehkan latar belakang dihiasi dengan pelbagai efek menarik.

    Pilihan warna yang ditawarkan juga menarik terutamanya Ancora Red yang menampilkan nilai premium dan eksklusif dalam satu pakej. Spesifikasi penuh peranti ini akan didedahkan selepas pelancaran rasminya pada minggu hadapan. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi vivo Malaysia atau saluran media sosial mereka.​

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan vivo V50 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured