More

    vivo V50 Lite 5G akan dilancar di Malaysia pada 29 April 2025

    Selepas melancarkan siri vivo V50 di Malaysia bulan Mac lalu, kini vivo Malaysia bakal melancarkan sebuah varian baharu iaitu vivo V50 Lite 5G pada hari Selasa, 29 April 2025. Perkara tersebut diumumkan melalui laman Facebook vivo Malaysia dan sebelum ini, ia telah pun dilancar di Turkiye.

    Memandangkan ia telah pun dilancar di luar negara, spesfikasi dan rekaannya sudah pun diketahui. Ia dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 6300, RAM 8GB atau 12GB, storan 256GB atau 512GB, bateri besar 6,500mAh BluVolt dan pengecasan pantas 90W.

    Skrinnya pula berukuran 6.77 inci dengan panel AMOLED, resolusi Full HD+, kadar segar semula 120Hz dan kecerahan puncak 1,800 nits. Untuk fotografi, ia mempunyai kamera utama 50MP dan kamera ultra-lebar 8MP di belakang, dan kamera swafoto 32MP di hadapan.

    Ia akan ditawarkan dalam pilihan warna emas Titanium Gold dan ungu Fantasy Purple. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured