More

    vivo V60 Lite 4G bakal dilancar, bawa peningkatan kamera ultra lebar

    vivo baru sahaja melancarkan V60 dan kini sedang bersedia untuk mengembangkan lagi barisan modelnya dengan dua tambahan baharu iaitu V60e dan V60 Lite 4G. Model V60 Lite 4G ini merupakan pengganti kepada V50 Lite 4G yang dilancarkan pada bulan Mac lalu dan bakal dipasarkan secara global.

    Ia dilengkapi dengan skrin AMOLED FHD+ berukuran 6.77 inci, kadar segar semula 120Hz, serta nisbah skrin-ke-badan 94.2%. Daripada segi prestasi, ia dikuasakan cipset Snapdragon 685 bersama RAM 8GB dan storan UFS 2.2 256GB. V60 Lite 4G menawarkan kamera utama 50MP dengan sensor Sony IMX882, kamera ultralebar 8MP dengan sudut pandang 120 darjah dan kamera hadapan 32MP.

    Telefon ini membawa bateri 6,500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 90W, menggunakan Android 15 bersama Funtouch OS 15 dan hadir dengan pengimbas cap jari dalam skrin, pembesar suara dwi, serta penarafan IP65 kalis percikan dan habuk. Dengan ketebalan 7.59mm, ia akan ditawarkan dalam warna hitam dan biru. Satu-satunya naik taraf ketara berbanding V50 Lite 4G adalah penambahan kamera ultra lebar.

    Tarikh pelancarannya masih belum disahkan tetapi kami menkangka ia akan berlaku dalam masa terdekat. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: xpertpick

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured