More

    vivo V60 Lite bakal rasmi di Malaysia dengan bateri 6,500mAh, pengecasan 90W

    vivo Malaysia mengesahkan bahawa model terbaharu dalam siri V, iaitu vivo V60 Lite, akan dilancarkan di pasaran tempatan tidak lama lagi. Walaupun tarikh pelancaran rasmi masih dirahsiakan, vivo sudahpun mendedahkan beberapa ciri utama. Antara kelebihan paling ketara pada vivo V60 Lite ialah bateri berkapasiti besar 6,500mAh yang disokong dengan teknologi pengecasan pantas 90W.

    Ia juga dijangka dilengkapi paparan AMOLED bersaiz 6.77 inci dengan resolusi FHD+. Beberapa laporan kebocoran turut mendedahkan sokongan kadar segar semula sehingga 120Hz dan HDR10+, namun perkara itu belum disahkan secara rasmi oleh pihak vivo.

    Selain itu, V60 Lite dilengkapi cip MediaTek Dimensity 7360-Turbo bersama kamera utama 50MP yang dipadankan dengan kamera sekunder 8MP. Kamera hadapan pula dijangka hadir dengan resolusi 32MP. Selain itu, beberapa spesifikasi tambahan yang didedahkan melalui kebocoran termasuk ketebalan hanya sekitar 7.59mm, reka bentuk bergaya dengan bingkai nipis dan pensijilan IP65.

    Telefon pintar ini juga dilengkapi cap jari dalam skrin, sistem audio dua pembesar suara, sokongan Wi-Fi 6, NFC dan menjalankan Funtouch OS 15 berasaskan Android 15. Untuk konfigurasi memori, vivo V60 Lite dijangka hadir sekurang-kurangnya dengan RAM 8GB dan storan dalaman 128GB manakala varian lebih tinggi menawarkan kombinasi RAM 8GB dengan storan 256GB.

    Berdasarkan maklumat daripada pasaran luar, harga rujukan bagi model 8/256GB adalah sekitar USD460 (~RM2,100). Namun, harga rasmi untuk pasaran Malaysia dijangka lebih kompetitif dengan anggaran bermula sekitar RM1,000 bergantung kepada varian yang ditawarkan. Warna yang dilaporkan termasuk pilihan kelabu gelap dan biru muda.

    Buat masa ini, vivo Malaysia masih belum mendedahkan harga rasmi, tarikh tempahan dan ketersediaan di pasaran. Bagaimanapun, pengumuman lanjut dijangka akan dibuat dalam masa terdekat melalui saluran rasmi vivo Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...