More

    vivo V70 dilancar di Malaysia: Kamera ZEISS 50MP dan bateri 6500mAh dengan cas pantas 90W bermula RM1,999

    vivo Malaysia melancarkan model baharu vivo V70 secara rasmi dengan menumpukan kepada sistem pengimejan yang dibangunkan melalui kolaborasi bersama ZEISS. Ia dilengkapi kamera utama ZEISS OIS 50MP bersensor 1/1.56 inci, telefoto Super ZEISS 50MP dengan sensor 1/1.95 inci dan ultra lebar 8MP.

    Rakaman video menyokong resolusi sehingga 4K pada 60fps manakala ciri Mod Pentas AI membolehkan zum imej sehingga 10 kali ganda bagi fotografi pementasan. Bahagian hadapan menampilkan kamera swafoto kumpulan ZEISS 50MP yang menyokong autofokus serta beberapa alat penyuntingan berasaskan kecerdasan buatan seperti AI Magic Weather, AI Audio Noise Eraser dan AI Retouch.

    vivo V70 menggunakan rangka Aloi Aluminium Gred Aeroangkasa dengan panel belakang kaca AG berukir etching yang direka untuk ketahanan terhadap calar. Ia dilengkapi paparan OLED 1.5K bersaiz 6.59 inci dengan kadar segar semula 120Hz serta pengimbas cap jari ultrasonik 3D 2.0 yang boleh digunakan walaupun tangan basah.

    Peranti ini turut mempunyai penarafan rintangan habuk dan air IP68 serta IP69 selain ketahanan jatuhan 10 sisi sehingga ketinggian 1.5 meter. Tiga pilihan warna ditawarkan iaitu Golden Hour, Alpine Gray dan Authentic Black. Prestasi dalaman disokong RAM LPDDR5X bersama storan UFS 4.1 serta sistem penyejukan ruang wap bersaiz 4200mm².

    Ia turut dilengkapi bateri BlueVolt berkapasiti 6,500mAh yang menyokong pengecasan pantas 90W FlashCharge. vivo V70 menjalankan sistem operasi OriginOS 6 berasaskan Android 16 yang menyediakan ciri seperti AI Search dan Gemini Assistant. vivo menyatakan model ini akan menerima sehingga empat generasi naik taraf sistem operasi serta enam tahun kemas kini keselamatan.

    Di Malaysia, vivo V70 dijual pada harga RM1,999 bagi varian 8/256GB, RM2,199 untuk varian 12/256GB dan RM2,599 bagi varian 12/512GB. Ia tersedia melalui laman rasmi serta pengedar sah di seluruh negara. Pelanggan yang membuat tempahan di vivo Concept Stores dari 24 Februari hingga 13 Mac 2026 ditawarkan beberapa ganjaran tambahan termasuk vivo Buds, jaminan vivo Care 365 hari dan perlindungan skrin 180 hari.

    Promosi tambahan dari 14 Mac hingga 30 Jun 2026 pula menyediakan rebat RM100 melalui bank rakan kongsi terpilih atau program tukar beli. Pilihan pembayaran ansuran 0% turut ditawarkan melalui SPayLater dan Grab PayLater. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Apple umum HomeView, HomePod mini 2 dan Apple TV 4K baharu — Bermula RM649

    Apple rasmi memperkenalkan barisan peranti rumah pintar baharu yang merangkumi hub smart home Apple HomeView, pembesar suara HomePod mini 2 dan peranti...

    NEXAL Pad rasmi di Malaysia dengan skrin 2.5K 11″ dan bateri 10,000mAh berharga RM1,099

    NEXAL melancarkan tablet julung kalinya untuk pasaran tempatan menerusi penawaran NEXAL Pad. Peranti disasarkan untuk kegunaan produktiviti dan harian dengan menampilkan rekaan...

    Anker Soundcore AeroClip 2 dilancar dengan cip AI THUS dan bateri 32 jam berharga...

    Anker melancarkan Soundcore AeroClip 2 dengan reka bentuk jenis klip terbuka yang dijana oleh cip pemproses khas AI THUS. Ia berfungsi memproses...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured