More

    vivo V70 FE dengan kamera 200MP dan zum AI 30x sah bakal tiba di Malaysia

    vivo Malaysia mengesahkan bahawa telefon pintar baharu vivo V70 FE bakal dilancarkan di pasaran tempatan tidak lama lagi. Diletakkan sebagai model Fashion Edition dalam siri V, ia disasarkan kepada pengguna yang mahukan gabungan prestasi kamera canggih bersama rekaan bergaya.

    Antara tarikan utama vivo V70 FE ialah kamera utama 200MP Ultra-Large sensor yang menyokong zum sehingga 30x dengan bantuan teknologi AI. Sistem kameranya menggunakan algoritma telefoto bagi meningkatkan kejelasan imej apabila merakam subjek pada jarak jauh.

    Bagi tahap zum melebihi 10x, fungsi AI Telephoto Enhancement membantu menambah baik ketajaman imej manakala pengoptimuman pada julat 3x hingga 9.9x direka untuk menghasilkan gambar potret dan landskap yang lebih jelas.

    Selain itu, peranti ini turut menyokong ciri Ultra-Clear Photo Crop yang membolehkan pengguna memotong gambar dengan kualiti imej yang masih terpelihara sehingga 900 peratus tahap zum. Ia juga dilengkapi fungsi 200MP Ultra-Clear Printing untuk menghasilkan cetakan bersaiz lebih besar dengan perincian yang lebih tajam.

    Bagi peminat fotografi potret, mod potret telefoto 85mm turut disertakan bagi menghasilkan kesan latar belakang kabur yang lebih semula jadi dan sinematik. Bagi kempen pelancaran tempatan, vivo bekerjasama dengan kumpulan pop Malaysia DOLLA sebagai duta rasmi peranti tersebut.

    Walaupun tarikh pelancaran rasmi serta harga masih belum diumumkan, vivo Malaysia menyatakan maklumat lanjut akan dikongsikan dalam masa terdekat. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured