More

    vivo V70 FE dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh dan skrin AMOLED 120Hz

    vivo memperkenalkan telefon pintar untuk kelas pertengahan baharu iaitu vivo V70 FE dengan fokus kepada prestasi kamera dan ketahanan bateri. Ia menampilkan gabungan kamera resolusi tinggi, bateri berkapasiti besar dan beberapa ciri ketahanan tambahan. vivo V70 FE dikuasakan oleh cip MediaTek Dimensity 7360‑Turbo yang dibina menggunakan proses 4nm.

    Ia turut dilengkapi pengimbas cap jari optikal bawah paparan, sokongan dwi-SIM, Wi-Fi dwi-jalur, Bluetooth 5.4, GPS dan pemancar inframerah (IR blaster). Sistem operasinya menggunakan OriginOS 6 berasaskan Android 16 dan menjanjikan sehingga enam tahun kemas kini keselamatan.

    Antara ciri utama peranti ini ialah bateri 7,000mAh yang menyokong pengecasan pantas berwayar 90W. Untuk kamera, vivo V70 FE menggunakan sistem kamera belakang dwi-lensa dengan kamera utama 200MP (f/1.88) bersama penstabil imej optikal (OIS) dan ultra lebar 8MP. Bahagian hadapan pula terdapat kamera 32MP untuk swafoto dan panggilan video.

    Aura Light juga disertakan pada bahagian belakang bagi membantu pencahayaan ketika mengambil gambar potret. Paparan menampilkan panel AMOLED 6.83 inci dengan 10-bit Q10+ beresolusi 1.5K. Skrin ini menyokong kadar segar semula 120Hz, kecerahan puncak sehingga 1,900 nits dan sokongan HDR10+ untuk kandungan serasi.

    Tambahan, vivo V70 FE mempunyai penarafan IP68/IP69 bagi perlindungan terhadap air dan habuk serta ditawarkan dalam tiga warna iaitu Muse Purple, Ocean Blue dan Titanium Silver. Harganya bermula sekitar IDR 6,499,000 (~RM1,511) untuk model 8/256GB manakala varian lain ditawarkan sehingga IDR 7,399,000 (~RM1,720) bergantung kepada konfigurasi.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured