More

    vivo V70 FE rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 7000mAh bermula RM1,599

    vivo Malaysia baru-baru ini telah melancarkan model terbaharu dalam segmen pertengahan iaitu vivo V70 FE yang memfokuskan kepada rekaan bergaya dan keupayaan kamera sebagai tarikan utama berbanding prestasi mentah. Peranti dijana cip Dimensity 7360-Turbo bersama sehingga RAM LPDDR5 12GB dan storan dalaman UFS 3.1 sehingga 512GB.

    Kombinasi ini mencukupi untuk penggunaan harian serta multitugas ringan, namun bukan direka untuk beban permainan berat. Ia turut menjalankan Android 16 berasaskan OriginOS 6. Fokus utama V70 FE terletak pada sistem kameranya dengan sensor utama 200MP bersaiz besar yang menyokong OIS serta zum digital berasaskan AI sehingga 30x.

    Ia dipadankan dengan kamera ultra-lebar 8MP dan kamera swafoto 32MP yang menjadikannya antara tawaran kamera paling agresif dalam segmen harganya. Untuk paparan, telefon ini dilengkapi skrin AMOLED 6.83 inci beresolusi 2800×1260 dengan kadar segar semula 120Hz. Ia turut membawa bateri besar 7000mAh yang mampu bertahan lebih sehari penggunaan biasa selain sokongan pengecasan pantas 90W untuk pengisian semula yang cepat.

    Rekaan juga menjadi fokus utama dengan warna baharu Muse Purple yang menampilkan corak kelopak ungu pada panel belakang dengan kemasan berkilau. Selain itu, ia ditawarkan dalam pilihan warna Ocean Blue dan Urban Silver. Di Malaysia, vivo V70 FE hadir dalam tiga varian iaitu 8/256GB pada harga RM1,599, 12/256GB berharga RM1,799 dan 12/512GB berharga RM1,999.

    Sepanjang tempoh tempahan, pembeli menerima ganjaran bernilai sehingga RM1,256 termasuk fon telinga vivo Buds3, jam pintar Watch V3, lanjutan waranti setahun dan perlindungan skrin selama 180 hari serta rebat tambahan RM100. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured