More

    vivo X Fold5 rasmi di Malaysia dengan SD 8 Gen 3, kamera ZEISS 50MP berharga RM6,999

    vivo Malaysia secara rasmi telah melancarkan telefon pintar lipat pertamanya untuk pasaran tempatan dengan vivo X Fold5. Dengan berat hanya 217g, ia merupakan peranti lipat paling ringan pernah dikeluarkan oleh vivo dan ia lebih ringan berbanding banyak telefon mercu terdahulu.

    Antara kelebihan utama termasuk paparan ultra terang dengan kecerahan sehingga 4500 nits, ketahanan engsel sehingga 600,000 lipatan dan perlindungan gred tinggi terhadap air, habuk serta suhu ekstrem. Ia menampilkan paparan utama 8.03 inci dan paparan penutup 6.53 inci yang kedua-duanya menyokong kadar segar semula 120Hz, resolusi 2K+, HDR10+ dan Dolby Vision.

    Telefon ini dikuasakan oleh cip Snapdragon 8 Gen 3 bersama RAM LPDDR5X 16GB dan storan UFS 4.1 512GB. Baterinya pula adalah antara terbesar untuk kategori telefon lipat dengan kapasiti 6000 mAh yang sokongan pengecasan pantas 80W berwayar dan 40W wayarles.

    Kameranya pula tiba dengan talaan ZEISS yang menawarkan sistem tiga kamera 50MP termasuk kamera utama Sony IMX921 dengan teknologi VCS True Color, kamera ultra lebar 120° dan kamera telefoto dengan zum optik 3x serta HyperZoom 100x. Salutan khas ZEISS T juga digunakan bagi mengurangkan silau dan meningkatkan ketepatan warna imej.

    vivo kini membawakan ciri seperti Origin Workbench untuk jalankan sehingga lima aplikasi serentak, vivo DocMaster bagi suntingan dokumen dan anotasi PDF serta pembantu AI seperti Smart Call Assistant dan AI Transcript Assist. Turut disertakan ialah integrasi dengan Google Gemini. vivo X Fold5 boleh mula ditempah mulai 29 Julai 2025 pada harga RM6,999.

    Spesifikasi lengkap vivo X Fold5:

    • Skrin utama: AMOLED 8.03 inci, resolusi 2K+, kadar segar semula 120Hz, kecerahan puncak 4,500 nits, HDR10+, Dolby Vision
    • Skrin penutup: AMOLED 6.53 inci, resolusi 2K+, kadar segar semula 120Hz, kecerahan puncak 4,500 nits, ZEISS Master Color Display
    • Cipset Snapdragon 8 Gen 3
    • RAM LPDDR5X 16GB
    • Storan dalaman UFS 4.1 512GB
    • Kamera utama 50MP (Sony IMX921, VCS True Color), 50MP (ultra-lebar, sudut pandangan 120°) dan 50MP (telefoto ZEISS, zum optikal 3x, HyperZoom 100x, sensor IMX882)
    • Bateri: 6,000mAh (BlueVolt, semi-solid state)
    • Pengecasan: Pantas 80W (berwayar), pengecasan wayarles 40W
    • Sistem operasi: Android dengan OriginOS Fold (termasuk integrasi Google Gemini)
    • Ciri AI: Origin Workbench, vivo DocMaster, AI Transcript Assist, Smart Call Assistant
    • Rating kalis air & habuk: IPX8, IPX9, IP5X
    • Ketahanan suhu: Sehingga -20°C
    • Engsel: Kinematik tahan 600,000 lipatan
    • Ketebalan bila dilipat: 0.92 cm
    • Berat: 217g
    • Harga: RM6,999

    Pelanggan juga boleh menikmati pelbagai promosi eksklusif di Kedai Konsep vivo dari 2 Ogos hingga 1 September 2025 seperti:

    • Pelan ansuran 0% hingga 24 bulan dengan rakan bank terpilih.
    • Rebat segera RM100 dan 5x mata ganjaran AFFIN untuk 100 pembeli pertama dengan kad kredit Affin Bank.
    • Diskaun RM60 melalui PayLater by Grab.
    • Pelan SPayLater dengan caj bulanan rendah.
    • Rebat tukar beli sehingga RM200 untuk peranti lama terpilih.

    Untuk maklumat lanjut atau tempahan, layari laman rasmi vivo Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Apple diperintah bayar RM23.8 bilion kepada Taptic Engine kerana tiru paten

    Mahkamah di Amerika Syarikat memutuskan Apple perlu membayar $5.7 bilion (~RM23.8 bilion) kepada Taction Technology kerana melanggar paten berkaitan perkakasan Taptic Engine....

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured