More

    vivo X200 FE dilancar: AMOLED 6.31″ 120Hz, Dimensity 9300+, kamera ZEISS

    vivo hari ini melancarkan varian terbaru dalam siri flagship vivo X200 iaitu vivo X200 FE. Ia merupakan varian yang paling kecil dalam siri X200, namun masih dilengkapi pelbagai spesifikasi dan fungsi yang canggih.

    Telefon ini dilengkapi skrin LTPO AMOLED berukuran 6.31 inci sahaja dengan resolusi 1216×2640, kadar segar semula 120Hz, kecerahan puncak 4,500 nits dan teknologi Zeiss Master Color Display untuk warna yang tepat. Sebagai rujukan, vivo X200 mempunyai saiz skrin 6.67 inci manakala vivo X200 Pro mempunyai saiz skrin 6.78 inci.

    Ukuran keseluruhannya ialah 150.8mm x 71.7mm x 8mm, dengan berat 186 gram sahaja. Pilihan warnanya termasuklah kuning Yellow Glow, hitam Black Luxe, biru Blue Breeze dan merah jambu Pink Vibe. Ia turut mempunyai rating kalis air IP68/69.

    Cipsetnya menggunakan MediaTek Dimensity 9300+ manakala varian memorinya ditawarkan dalam kapasiti 12+256GB, 12+512GB atau 16+512GB. Walaupun telefon ini bersaiz kecil, ia masih mempunyai bateri BlueVolt berkapasiti 6,500mAh yang menyokong kadar pengecasan 90W FlashCharge.

    Sistem operasinya menggunakan Android 15 dengan antara muka Funtouch OS yang turut dilengkapi fungsi-fungsi Google Gemini AI, seperti Circle to Seatch, AI Caption, Live Text dan AI Screen Translation.

    Seperti varian X200 yang lain, X200 FE mempunyai kamera ZEISS yang terdiri daripada kamera utama 50MP, kamera telefoto 50MP dan kamera ultra-lebar 8MP di belakang, serta kamera hadapan 50MP.

    Setakat ini, ia hanya dilancar untuk negara-negara terpilih sahaja dan vivo Malaysia sudah pun mengesahkan bahawa ia akan turut dilancar di sini, namun tarikhnya belum diumumkan. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured