More

    vivo X300 FE dikesan dalam pangkalan data IMEI, tanda pelancaran semakin hampir

    Selepas kejayaan vivo X200 FE yang dilancarkan pada bulan Jun lalu, kini, vivo sibuk menyiapkan penggantinya iaitu vivo X300 FE. Peranti dengan nombor model V2537 telah dikesan dalam pangkalan data IMEI dan kini telah menerima pensijilan EEC. Ini menandakan bahawa X300 FE akan turut dilancarkan di Eropah, sama seperti model sebelumnya.

    Buat masa ini, tiada maklumat rasmi tentang spesifikasi X300 FE yang didedahkan. Masih belum jelas cipset, kamera atau paparan yang akan digunakan. Ramai menjangkakan X300 FE juga akan mengekalkan formula yang sama membawa spesifikasi padu dengan nilai yang berbaloi.

    Daripada segi tarikh pelancaran, masih belum diketahui. X200 FE sebelum ini dilancarkan beberapa bulan selepas X200 dan X200 Pro, tetapi kali ini, vivo mungkin akan mempercepatkan jadual antara model X300, X300 Pro dan X300 FE. Seperti biasa, ini hanyalah sekadar spekulasi.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: X

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...