More

    vivo X300 Pro terima pengiktirafan SIRIM, bakal dilancar di Malaysia kelak

    vivo X300 Pro merupakan salah satu telefon pintar flagship generasi baharu yang dinanti pada hujung tahun ini dan kini ia telah dikesan menerima pengiktirafan SIRIM dengan nombor V2514. Ini menunjukkan bahawa ia akan dilancar untuk pasaran Malaysia tidak lama lagi. Ia bakal dilancar buat kali pertama di China pada hari Isnin, 13 Oktober 2025.

    Buat masa ini, vivo sudah mengeluarkan beberapa maklumat rasmi mengenainya. Berdasarkan maklumat yang dikongsi setakat ini, ia akan dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 9500, RAM sehingga 16GB dan sistem operasi Android 16. Dimensity 9500 merupakan cipset flagship terkini oleh MediaTek dan akan dilengkapi dalam pelbagai telefon flagship yang dilancar pada hujung tahun ini serta awal tahun hadapan. Ia bakal bersaing dengan cipset Snapdragon 8 Elite Gen 5 daripada Qualcomm.

    Pengiktirafan SIRIM

    vivo juga telah berkongsi reka bentuknya dalam Weibo, seperti yang boleh dilihat dalam gambar-gambar di atas.

    Untuk fotografi, ia mempunyai cip pengimejan VS1 dan kamera ZEISS 200MP bagi menghasilkan gambar yang cantik walaupun dalam mod zum. Untuk video pula, ia menyokong rakaman video 4K 120fps Dolby Vision.

    Selain SIRIM, vivo X300 Pro juga telah menerima pengiktirafan daripada agensi-agensi Indonesia seperti TKDN dan SDPPI. Untuk vivo X300 yang standard pula, ia mempunyai nombor model V2515.

    Sebagai rujukan, siri vivo X200 telah dilancar di Malaysia pada bulan November 2024, jadi kita boleh jangkakan waktu yang serupa untuk siri vivo X300 pada tahun ini.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured