More

    vivo X60T Pro+ dilancar: Snapdragon 888, 4 kamera 50MP, AMOLED 120Hz bermula ~RM3,215

    Berita tentang telefon pintar andalan vivo X60T Pro+ telah pun banyak dilaporkan sebelum ini dan kini vivo sudah melancarkan telefon tersebut secara rasmi di China. Ia mempunyai spesifikasi yang hampir sama dengan vivo X60 Pro+ namun dengan kamera potret yang telah diturun taraf.

    vivo X60T Pro+ dilengkapi skrin AMOLED Full HD+ berukuran 6.56 inci dengan kadar segar semula 120Hz, keterangan 1,300 nits, pengiktirafan HDR10+ dan pengimbas cap jari optikal.

    Untuk spesifikasi dalaman, ia dilengkapi cipset Snapdragon 888, RAM LPDDR5, storan dalaman UFS3.1, bateri 4,200mAh, pengecasan pantas 55W dan perisian OriginOS 1.0 berdasarkan Android 11.

    Kameranya belakangnya terdiri daripada empat iaitu kamera utama 50MP dengan sensor Samsung GN1, kamera ultra-lebar 48MP dengan sensor Sony IMX598 dan sudut penglihatan 114.5°, kamera periskop 8MP dengan zum optikal 5x dan kamera potret 12MP. Di hadapan pula, telefon ini mempunyai kamera swafoto 32MP.

    Sebagai rujukan, vivo X60 Pro+ mempunyai kamera potret 32MP, lebih jelas berbanding 12MP dalam vivo X60T Pro+. Ia akan dijual di China pada harga CNY4,999 (~RM3,215) untuk varian memori 8GB+128GB dan CNY5,999 (~RM3,855) untuk varian 12GB+256GB.

    Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia, sama ada ia akan turut dijual bersama siri X60 yang telah pun dijual sekarang atau tidak. Kongsi pendapat anda tentang telefon ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: My Smart Price

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...