More

    vivo X70 dan X70 Pro dilancar: Miliki Exynos 1080 dan Dimensity 1200, skrin 6.56″ bermula ~RM2,376

    Selepas menjadi teka-teki sebelum ini yang mana vivo bakal melancarkan siri vivo X70, maka hari ini ianya terjawab. vivo telah melancarkan tiga telefon pintar baharu iaitu vivo X70, vivo X70 Pro dan vivo X70 Pro+.

    Untuk vivo X70 dan vivo X70 Pro, masing-masing mempunyai ciri spesifikasi yang hampir sama. Daripada segi prestasi, vivo X70 Pro dilengkapi cipset Exynos 1080 manakala X70 menggunakan MediaTek Dimensity 1200. Kedua-duanya mempunyai panel skrin AMOLED FHD+ berukuran 6.56 inci dengan segar semula skrin 120Hz.

    Walau bagaimanapun, X70 mempunyai skrin yang rata manakala X70 Pro pula mempunyai jenis skrin yang melengkung pada bahagian sisi. Terdapat tiga kamera pada bahagian belakang untuk varian X70 yang mana kamera utamanya mempunyai sensor Sony IMX766V 40MP, potrait 12MP dan ultra-lebar 12MP.

    Untuk varian X70 Pro pula, peranti ini mempunyai empat kamera pada bahagian belakang yang menggunakan sensor yang sama iaitu Sony IMX766V tetapi terdapat penambahan daripada segi resolusi kepada 50MP. Lainnya, ia mempunyai kamera ultra-lebar 12MP, potrait 12MP dan 5x zum 8MP.

    Kedua-dua telefon ini mempunyai kamera swafoto 32MP yang dilengkapi cip V1. Untuk spesifikasi lain, X70 mempunyai pengimbas cap jari pada skrin, kapasiti bateri 4400mAh yang menyokong pengecasan pantas 44W, Wi-Fi 6, Bluetooth 5.2, NFC dan sokongan dwi-SIM.

    Sementara itu, X70 Pro pula dilengkapi bateri kapasiti 4450mAh yang menyokong pengecasan pantas 44W dan lain-lain spesifikasi adalah sama dengan X70. Kedua-dua peranti ini telah telah disenarai dalam laman web rasmi vivo China dan boleh dibeli bermula 30 September ini.

    vivo X70 tersedia dalam tiga pilihan warna iaitu putih, hitam dan Nebula Gradient yang harganya bermula CNY 3,699 (~RM 2,376). Bagi X70 Pro pula tersedia dalam tiga pilihan warna sama seperti X70 dan harganya bermula CNY 4,299 (~RM 2,762). Kami masih menunggu maklumat rasmi daripada vivo tentang keberadaanya di pasaran global.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan vivo X70 dan vivo X70 Pro serta teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "

    Sumber: Gizchina

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...