More

    vivo X70 Pro+ bakal dilancar, miliki cipset SD 888, RAM 12GB dan kamera 50MP

    vivo nampaknya tidak sabar untuk mengumumkan siri baharu telefon pintar mereka iaitu vivo X70 yang akan dilancarkan pada 9 September ini. Selain daripada tiga model yang dikeluarkan, vivo juga dalam masa yang sama dijangka bakal memperkenalkan vivo X70t Pro dan vivo X70t.

    Walaupun banyak peranti bakal diumumkan, namun kami menjangkakan bahawa vivo X70 Pro+ merupakan model andalan di dalam siri itu. vivo X70 Pro+ akan dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 888 seperti yang telah direkodkan dalam laman web Geekbench serta telah mendapat pengesahan 3C.

    Selain itu, ia hadir dengan RAM 12GB, paparan skrin AMOLED 6.7 inci dengan resolusi 2K, kadar segar semula skrin 120Hz dan paparan antara muka Origins 1.0 beroperasi atas Android 11. Ia juga turut mempunyai teknologi LTPO yang berfungsi menukarkan storan dalaman yang tidak digunakan kepada RAM maya sebanyak 3GB.

    Seterusnya, terdapat tiga kamera pada bahagian belakang yang mana kamera utamanya memiliki sensor Samsung GN1 50MP yang disertakan dengan sensor IMX598 48 MP, kamera 12 MP dan 8MP dengan zum optik 5x. Peranti ini akan turut dilengkapi unit V1 Image Signal Processing.

    Spesifikasi lain bagi telefon ini ialah badannya mempunyai ukuran 165 x 75.5 x 9mm dan mempunyai soket pengecas jenis USB-C serta dijangka hadir dengan tiga pilihan warna iaitu hitam (AG Finish), jingga (Vegan Leather) dan biru (Plain Leather).

    Sebelum ini, vivo X70 dan vivo X70 Pro dikhabarkan akan dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 1200. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizchina

     

    Artikel Terkini

    Acer perkenal 3 tablet Iconia Duo di Computex 2026 — Skrin OLED 14.2”, bateri...

    Acer mengumumkan tiga tablet baharu dalam siri Iconia Duo berasaskan Android di Computex 2026 yang menyasarkan pengguna profesional yang memerlukan peranti mudah...

    HUAWEI nova 15 Max dilancar di Malaysia dengan bateri 8,500mAh berharga RM1,699

    HUAWEI Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan nova 15 Max yang memfokuskan kepada ketahanan bateri, paparan besar dan ciri ketahanan tambahan untuk kegunaan...

    OPPO dan vivo dilapor bangunkan kamera vlog sendiri, bakal cabar dominasi DJI

    Pasaran kamera vlog mudah alih yang didominasi oleh DJI mungkin bakal menjadi lebih sengit apabila dua pengeluar telefon pintar China, OPPO dan...

    Siri realme P4 rasmi di Malaysia: P4 Power 5G tampil dengan bateri 10,001mAh pertama...

    realme telah melancarkan siri P4 di Malaysia yang terdiri daripada tiga model iaitu realme P4 Power 5G, realme P4x dan realme P4...

    REDMI Headphones Neo, Buds 8 dan Watch 6 dilancar di Malaysia, bermula RM239

    Xiaomi hari ini mengumumkan pelancaran tiga peranti boleh pakai baharu di bawah sub jenama REDMI untuk pasaran Malaysia termasuk fon kepala over-ear...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...