More

    vivo Y02s mungkin akan dilengkapi bateri 5,000mAh, skrin 6.51 inci

    vivo dilihat bakal melancarkan sebuah telefon pintar kelas permulaan iaitu vivo Y02s. Telefon itu telah pun dikesan dalam laman web pengiktirafan Federal Communications Commission (FCC) Amerika Syarikat dan disenaraikan dalam laman web global vivo.

    Walau bagaimanapun, telefon itu hanya dipaparkan di laman web vivo secara ringkas dan kini ia telah dipadam. Berdasarkan waktu yang singkat itu, vivo Y02s akan dilengkapi skrin IPS LCD berukuran 6.51 inci dengan resolusi HD+, kadar 60Hz dan permukaan rata.

    Spesifikasi dalamannya pula terdiri daripada cipset MediaTek Helio P35, RAM 3GB, storan dalaman 32GB, bateri 5,000mAh dan kadar pengecasan 10W melalui port USB-C. vivo mengatakan bateri itu mampu menawarkan kegunaan 18 jam untuk tontonan video, tujuh jam untuk gaming dan 22 jam untuk muzik.

    Kameranya pula terdiri daripada satu kamera utama 8MP dan kamera hadapan 5MP. Seperti kebanyakan telefon kelas permulaan, ia masih dilengkapi bicu audio 3.5mm.

    Telefon ini akan ditawarkan dalam warna hitam Fluorite Black dan biru Vibrant Blue, namun tarikh pelancaran rasminya masih belum diketahui.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured