More

    vivo Y03 dilancar di Malaysia: Helio G85, skrin 90Hz dan bateri 5000mAh berharga RM399

    Selepas dilancarkan di Indonesia, vivo Y03 secara rasminya tiba dalam pasaran Malaysia. Ia bakal bersaing dalam kategori telefon pintar bajet. Peranti ini menampilkan beberapa spesifikasi yang menarik pada titik harga yang rendah.

    Y03 dikuasakan oleh cipset MediaTek Helio G85 yang dipasangkan dengan RAM 4GB dan storan 128GB. Terdapat juga bateri 5,000mAh dengan sokongan pengecasan 15W melalui port USB-C. Ia menampilkan skrin LCD 90Hz 6.56 inci dengan resolusi 1612 x 720 piksel dan takuk titisan yang menempatkan kamera swafoto 5MP.

    Bahagian belakang pula hadir dengan kamera utama 13MP yang dipasangkan dengan kanta QVGA sekunder. Spesifikasi penting lain termasuk penarafan IP54, FunTouch OS 14, dwi SIM, Bluetooth 5.0, 4G LTE (tiada 5G) dan pilihan warna sama ada Space Black atau Gem Green.

    Di Malaysia, Y03 berharga RM399 dan kini boleh dibeli di laman rasmi vivo dan kedai rasmi di Shopee atau Lazada. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: vivo Malaysia

     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured