More

    vivo Y03t dilancar di Malaysia: Unisoc T612, skrin LCD 6.56″ dan bateri 5,000mAh berharga RM399

    vivo secara senyap-senyap telah mengeluarkan telefon pintar bajet baharu di Malaysia, vivo Y03t. Menampilkan beberapa spesifikasi kompetitif pada julat harga, baca terus untuk mengetahui lebih lanjut.

    Di dalamnya, peranti ini dikuasakan oleh cipset Unisoc T612 yang dipasangkan dengan RAM 4GB dan storan 128GB. Daripada segi bateri, ia adalah mempunyai sel 5,000mAh yang menyokong pengecasan 15W melalui port USB-C.

    Kemudian, skrin Y03t menggunakan LCD 90Hz 6.56 inci dengan resolusi HD+ dan takuk titisan air menempatkan kamera swafoto 5MP. Di bahagian belakang, kamera utama membawa kamera 13MP yang dipasangkan dengan sensor kedua.

    Spesifikasi penting lain termasuk Funtouch OS 14, penarafan IP54, slot hibrid dual SIM + kad microSD, Bluetooth 5.0, sambungan 4G dan pilihan sama ada warna Space Black atau Gem Green pada harga RM399.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: vivo

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured