More

    vivo Y100 5G dalam warna oren dilancar di Malaysia, berharga RM1,199

    Selepas vivo Malaysia memperkenalkan telefon pintar kelas pertengahan vivo Y100 5G pada bulan Februari lalu, kini telefon itu ditawarkan dalam satu varian warna baharu iaitu jingga Orange Leather.

    Seperti pilihan warna ungu sebelum ini, varian Orange Leather mempunyai permukaan belakang yang dibuat daripada kulit untuk penampilan yang lebih premium. Sungguh pun begitu, warna oren ini mempunyai hiasan yang baharu iaitu beberapa corak garisan melintang yang membuatkannya nampak seperti kulit pada beg tangan.

    Selain penampilan baharu, vivo Y100 5G ini mempunyai spesifikasi yang sama seperti varian warna lain. Antara spesifikasi yang menarik termasuklah skrin AMOLED 6.67 inci dengan resolusi Full HD+ dan kadar 120Hz, dwi-kamera 50MP+8MP, bateri 5,000mAh dan pengecasan pantas 80W.

    Berikut adalah spesifikasi penuh untuk vivo Y100 5G:

    • Skrin AMOLED 6.67 inci, resolusi 2400×1080, kadar segar semula 120Hz, kecerahan puncak 1,800 nits, gamut warna DCI-P3 100%
    • Cipset Qualcomm Snapdragon 4 Gen 2
    • RAM 8GB, boleh dibesarkan secara maya sebanyak 8GB
    • Storan dalaman 256GB, boleh dibesarkan dengan kad microSD sehingga 1TB
    • Kamera utama 50MP + kamera 8MP
    • Kamera swafoto 8MP
    • Bateri 5,000mAh
    • Pengecasan pantas 80W
    • Pembesar suara stereo
    • Port USB-C 2.0
    • Pilihan warna ungu dengan hiasan kulit, atau hitam dengan plastik berkilauan
    • Rating kalis air IP54
    • Sistem operasi Andoid 14 dengan Funtouch OS 14

    vivo Y100 5G akan dijual pada harga RM1,199. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan warna ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...