More

    vivo Y12A dilancar di Malaysia: SD 439, bateri 5,000mAh, berharga RM529

    vivo Malaysia semalam telah melancarkan sebuah lagi telefon pintar mampu milik yang hadir dengan nama vivo Y12A. Peranti ini dijual pada tanda harga RM529 dan mula dijual bermula hari ini (26 Jun) di kedai konsep vivo, pengedar sah, vivo E-store dan kedai atas talian Shopee dan Lazada.

    Untuk spesfikasinya, vivo Y12A dikuasai oleh cipset Snapdragon 439 bersama RAM 3GB dan storan 32GB. Seperti kebanyakan peranti mampu milik, ia juga hadir dengan bateri besar 5,000mAh. Dengan bateri yang penuh, peranti ini boleh digunakan untuk menonton filem HD selama 17.4 jam. Namun, peranti ini tidak menyokong sebarang pengecasan pantas tapi ia hadir dengan ciri pengecasan berbalik 5W.

    Pada bahagian depan, peranti ini hadir dengan skrin 6.51 inci LCD beresolusi HD+. Ia juga dilengkapi sensor cap jari sisi di atas butang kuasanya. Terdapat juga ciri Multi-Turbo 3.0 yang akan menambahbaik prestasi cipsetnya.

    Untuk matlumat lanjut, anda boleh melayari laman web rasmi vivo Malaysia. Ikuti kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured