More

    vivo Y12A dilancar: Snapdragon 439, bateri 5,000mAh, dwi-kamera 13MP bermula ~RM600

    Pada hari ini, vivo telah melancarkan telefon pintar kelas permulaan, vivo Y12A, di Thailand dan Singapura. Ia adalah telefon terbaru dalam siri vivo Y12, di mana pelancaran terakhir di Malaysia adalah vivo Y12s pada tahun lepas.

    Telefon ini dilengkapi skrin IPS LCD berukuran 6.51 inci dengan resolusi HD+ (1600 x 720), nisbah aspek 20:9 dan takuk (notch) di bahagian atas skrin yang menempatkan kamera swafoto 8MP.

    Spesifikasinya termasuklah cipset Snapdragon 439, RAM 3GB, storan dalaman 32GB yang boleh dibesarkan dengan microSD dan bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan 10W sahaja. Ia turut dilengkapi pengimbas cap jari di bahagian sisi, port microUSB, bicu audio 3.5mm dan sokongan dwi-kad SIM.

    vivo Y12A akan dijual pada harga bermula THB4,499 (~RM600) di Thailand dan ditawarkan dalam warna hijau dan biru. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan vivo Y12A dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: PlayfulDroid

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured