More

    vivo Y18 rasmi dengan skrin paling terang dalam segmen permulaan, penarafan IP54 bermula ~RM511

    vivo baru sahaja memperkenalkan model telefon pintar Y18 baharu di India. vivo Y18 merupakan telefon pintar dalam segmen permulaan yang memuatkan beberapa spesifikasi dan ciri yang menarik sambil mengekalkan harga yang berpatutan.

    vivo Y18 dilengkapi cipset MediaTek Helio G85 yang dipadankan dengan RAM sehingga 4GB dan storan dalaman 128GB. Selain itu, ia menampilkan panel LCD 6.56 inci yang menawarkan resolusi HD+, pensijilan TUV Rheinland dan 840 nits kecerahan puncak. Walaupun ia datang dengan resolusi yang rendah, telefon ini melengkapkan perincian dengan skrin kadar segar semula 90Hz.

    Terdapat juga slot kad mikroSD untuk pengembangan storan dan hadir dengan ciri pengembangan RAM maya sebanyak 4GB. vivo Y18 memuatkan persediaan dwi kamera 50MP di bahagian belakang manakala bahagian hadapan menempatkan kamera swafoto 8MP. Baterinya berkapasiti 5,000mAh yang menyokong pengecasan berwayar 15W melalui USB-C.

    Ciri ketara lain termasuk sistem operasi FunTouch OS 14 berdasarkan Android 14 OS, pengimbas cap jari yang dipasang di sisi dan penarafan IP54 untuk rintangan air dan habuk. Harga vivo Y18 bermula 8,999 INR (~RM511) untuk storan 4/64GB dan storan 4/128GB berharga 9,999 INR (~RM568). Telefon pintar ini tersedia dalam varian warna Space Black dan Gem Green.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: vivo

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured