More

    vivo Y18i dilancar: Skrin 90Hz, bateri 5,000mAh bermula ~RM420

    vivo telah memperkenalkan telefon pintar kelas permulaan terbaru untuk pasaran India dan antarabangsa iaitu vivo Y18i. Telefon ini mempunyai spesifikasi asas untuk kegunaan harian dan dijual dengan harga sangat mampu milik.

    Ia menggunakan skrin LCD berukuran 6.56 inci dengan kadar segar semula 90Hz dan kecerahan puncak 528 nits. Ia menempatkan kamera hadapan 5MP yang berada dalam takuk berbentuk titisan air (waterdrop notch) di atas skrin, manakala kamera di belakang pula adalah kamera utama 13MP.

    Spesifikasi dalamannya terdiri daripada cipset Unisoc T612, RAM 4GB, storan dalaman 64GB, bateri 5,000mAh dan pengecasan 15W.

    Lain-lain ciri penting termasuklah rating kalis air IP54, sistem operasi Android 14 dengan Funtouch OS 14, dwi-kad SIM + microSD dan pilihan warna Space Black atau Gem Green.

    vivo Y18i akan dijual di India pada harga INR7,999 (~RM420) dan setakat ini masih tiada maklumat mengenai keberadaannya di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured