More

    vivo Y21T dilancar di Malaysia: SD 680, kamera 50MP dan bateri 5,000mAh berharga RM899

    Hari ini, vivo Malaysia baru sahaja mengumumkan harga dan ketersediaan vivo Y21T dalam pasaran tempatan. Untuk spesifikasi lengkapnya, Y21T mempunyai tiga kamera pada bahagian belakang yang terdiri daripada kamera utama 50MP + potrait 2MP + makro 2MP yang menyokong Super Night Mode dan Super HDR.

    Kamera swafotonya terletak bahagian tengah atas yang mempunyai resolusi 8MP dengan ciri Super Night Selfie dan Mod Potret. Selain itu, ia dilengkapi paparan HD+ 6.51 inci, cipset Snapdragon 680, RAM 6GB, storan 128GB dan teknologi pengembangan RAM sehingga 2GB.

    Seperti kebanyakan telefon mesra bajet, baterinya berkapasiti 5,000mAh dan menyokong teknologi FlashCharge 18W. Y21T menggunakan antara muka FunTouch OS 12 berdasarkan Android 12. Ia tersedia dalam dua warna iaitu Midnight Blue dan Pearl White.

    Jualan akan bermula pada 26 Mac 2022 di mana pelanggan boleh membeli di semua kedai konsep vivo, pengedar sah, kedai rasmi dalam talian vivo Malaysia serta kedai utama rasmi vivo Malaysia di Shopee dan Lazada. Harga rasmi vivo Y21T ialah RM899.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured