More

    vivo Y27s akan dilancar di Malaysia: SD 680 dan skrin LCD 6.64″ berharga RM799

    Hari ini, vivo Malaysia melancarkan telefon pintar baharu iaitu vivo Y27s, sebagai model permulaan dengan harga jualan RM799 dengan RAM 8GB dan storan 256GB. Telefon ini akan mula dijual padai 25 November 2023 di kedai konsep vivo berdekatan, kedai dalam talian rasmi vivo Malaysia, Shopee, Lazada dan TikTok shop.

    Bermula dengan reka bentuk, vivo Y27s hadir dalam dua pilihan warna iaitu Burgundy Black dan Garden Green. Ia menggunakan skrin LCD 6.64 inci di yang menyokong resolusi FHD+ dan kadar penyegaran semula 90Hz. Untuk bahagian fotografi, vivo Y27s dilengkapi dengan kamera swafoto 8MP dan dwi-kamera belakang yang terdiri daripada kamera utama 50MP dan kamera kedua 2MP.

    vivo Y27s dikuasai oleh cipset Snapdragon 680, menyokong pengembangan RAM maya tambahan sebanyak 8GB dan storan dengan kad mikroSD sehingga 1TB. Sitem operasinya adalah Funtouch OS 13 berdasarkan Android 13. Telefon ini juga dilengkapi dengan bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 44W, pengimbas cap jari di sisi dan penarafan IP54.

    Untuk memudahkan anda, berikut adalah spesifikasi ringkas vivo Y27s:

    • Cipset Snapdragon 680
    • RAM 8GB (RAM Maya 8GB) dan storan 256GB yang boleh dikembangkan sehingga 1TB dengan kad mikroSD
    • Skrin LCD FHD+ 6.64 inci dengan kadar penyegaran semula 90Hz
    • Dwi-kamera belakan: kamera utama 50MP dan kamera kedua 2MP
    • Kamera swafoto 8MP
    • Funtouch OS 13 berdasarkan Android 13
    • Bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 44W
    • Warna: Burgundy Black dan Garden Green
    • Spesifikasi lain: Pengimbas cap jari di sisi dan penarafan IP54
    • Harga: RM799

    Adakah anda berminat dengan vivo Y27S ini? Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured