More

    vivo Y29 dan Y39 rasmi di Malaysia dengan skrin 120Hz dan bateri 6,500 mAh, harga bermula RM799

    vivo Malaysia secara rasmi melancarkan dua model telefon pintar terbaharu, vivo Y29 dan Y39 yang kini boleh didapati di semua kedai fizikal serta dalam talian vivo di seluruh negara. Model vivo Y29 ditawarkan pada harga RM799 manakala vivo Y39 dijual pada harga RM999.

    Untuk promosi pelancaran, pelanggan yang berminat boleh mendapatkan hadiah tambahan dengan pembelian ‘Purchase with Purchase’ (PwP). Pelanggan akan diberi pilihan untuk mendapatkan aksesori tambahan pada harga promosi seperti vivo Buds (hitam) pada harga RM89 atau fon telinga vivo HP2033 pada harga RM19.

    Pembeli model Y29 akan menerima fon telinga vivo berwarna merah manakala pembeli Y39 akan mendapat varian warna Cyan. Untuk spesifikasi, Vivo Y29 dilengkapi dengan cip pemprosesan Snapdragon 685, bateri BlueVolt 6,500mAh dengan pengecasan pantas 44W, RAM 8GB (+8GB RAM tambahan), storan 256GB dan sistem operasi Funtouch OS 15.

    Ia menampilkan skrin bersaiz 6.68 inci dengan kamera hadapan 8MP serta dwi kamera belakang 50MP + 2MP. Sementara itu, Vivo Y39 menawarkan spesifikasi hampir sama kecuali ia menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 4 Gen 2. Selebihnya, ia mengekalkan ciri-ciri seperti bateri besar, kapasiti storan yang luas dan sistem pengecasan pantas.

    Kedua-dua model ini kini boleh didapati di semua kedai fizikal vivo dan juga platform e-dagang rasmi seperti Shopee, Lazada dan TikTok. Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh melayari laman web rasmi vivo Malaysia. Untuk maklumat lanjut tentang model ini, sila klik di sini.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan vivo Y29 dan Y39 serta teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured