More

    vivo Y30 5G dilancar: Dilengkapi Dimensity 700, bateri 5,000mAh, skrin 6.51 inci bermula ~RM1,060

    vivo telah melancarkan telefon pintar kelas permulaan terbaharu di Thailand iaitu vivo Y30 5G. Telefon ini dilengkapi spesifikasi yang boleh dijangka untuk telefon kelas permulaan, seperti skrin IPS LCD berukuran 6.51 inci dengan resolusi 1600×720 dengan kamera swafoto dalam takuk (notch) serta sempadan bezel tebal.

    Spesifikasi dalamannya terdiri daripada cipset MediaTek Dimensity 700, RAM 6GB yang boleh dibesarkan sebanyak 2GB lagi, storan dalaman 128GB, bateri 5,000mAh, pengecasan 10W dan sistem operasi FunTouch OS 12 berdasarkan Android 12.

    Ia turut mempunyai ruang kad memori microSD, pengimbas cap jari di bahagian sisi, bicu audio 3.5mm dan port USB-C. Pilihan warnanya terdiri daripada hitam Starlight Black dan biru Rainbow Fantasy.

    Untuk fotografi pula, ia mempunyai kamera utama 50MP dan kamera makro 2MP di belakang dan kamera swafoto 8MP di hadapan. Telefon ini menyokong rangkaian Wi-Fi 802.11ac, Bluetooth 5.1 dan dwi-kad SIM.

    vivo Y30 5G akan dijual pada harga bermula THB5,699 (~RM1,060) dan setakat ini tiada maklumat mengenai keberadaannya di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: vivo Thailand

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured