More

    vivo Y33S dilancar: Helio G80, bateri 5,000mAh, skrin 6.58 inci berharga ~RM1,025

    vivo telah melancarkan sebuah telefon pintar kelas pertengahan terbaru di India iaitu vivo Y33S. Telefon ini dilengkapi spesifikasi yang standard untuk telefon dalam kategori ini seperti skrin Full HD+ berukuran 6.58 inci dan bateri besar 5,000mAh.

    Daripada segi spesifikasi dalaman, telefon ini dilengkapi cipset MediaTek Helio G80, RAM 8GB dan storan dalaman 128GB yang boleh dibesarkan sehingga 1TB dengan kad microSD. Telefon ini turut dilengkapi teknologi RAM tambahan (extended RAM) yang boleh membesarkan RAM asal sehingga 3GB menggunakan sebahagian storan dalaman. Untuk sistem operasi, ia mempunyai perisian Funtouch OS 11.1 berdasarkan Android 11 dan pengecasan pantas 18W.

    Ia dilengkapi tiga kamera di belakang iaitu kamera utama 50MP f/1.8, kamera makro 2MP dan sensor kedalaman 2MP, manakala di hadapan pula ia dilengkapi kamera swafoto 16MP. Telefon ini ditawarkan dalam warna hitam Mirror Black dan biru Midday Dream dan akan dijual untuk pasaran India pada harga INR17,990 (~RM1,025).

    Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: vivo India

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured